Gambaran umum Cerita ranting

Penceritaan meranting ini telah lama wujud dalam alam Melayu melalui wayang kulit dengan adanya kisah-kisah disampaikan tok dalang dari cerita Hikayat Seri Rama atau ditokok tambah dari Hikayat Maharaja Wana yang asal namun masih ada menampilkan seberapa watak yang sama.[4][5][6]

Media moden yang mula menerapkan penceritaan ranting dicetuskan di dunia Barat pada tahun 1941 dengan tersiarnya rancangan radio The Great Gildersleeve (1941–1957) memaparkan watak Throckmorton P. Gildersleeve yang pernah muncul dalam siri komedi Fibber McGee and Molly di Amerika Syarikat.[7][8]